Tuesday, March 17, 2009

konvoi ke rekreasi lata bayu, baling










Pada tanggal 17 mac 2009, seramai 13 orang STARian telah terlibat dalam aktiviti konvoi bermotor ke pusat rekreasi lata bayu yang terletak di daerah baling, kedah. Perjalanan sejauh 120KM (lebih kurang) ini sepatutnya mengambil masa yang singkat namun beberapa dugaan telah menimpa beberapa orang ahli konvoi. Perjalanan bermula dengan pengumpulan ahli konvoi di stesyen minyak SHELL berhampiran ampang jajar seawal jam 7 pagi. Setelah semua ahli konvoi sampai, tepat jam 8.30 pagi maka perjalanan pun bermula. Kami membuat keputusan untuk tidak melalui lebuhraya sebaliknya menikmati pemandangan pagi di sekitar jalan kampung sepanjang kawasan gurun. Setelah hampir 45 minit, kami semua (12 orang) tiba di restoran KLG gurun. Di sana, seorang lagi ahli konvoi yang telah menunggu ketibaan kami sejak jam 8 pagi lagi. Setelah itu kami pun bertolak ke destinasi. Indah sungguh suasana pagi di desa. Kita jarang sekali dapat menghirup udara sesegar ini.

Dipendekkan cerita, setelah hampir sejam perjalanan, ketika itu kami sudah pun memasuki kawasan baling. Dengan sekelip mata shaja tiba2 terdengar suatu bunyi orang jatuh. Rupa2 nya, dua buah motosikal ahli konvoi telah terlanggar sesama sendiri. 3 orang mangsa jatuh tergolek d atas jln raya...nasib baik luka tak sberapa teruk, tapi perjalanan tetap d teruskan demi memenuhi kehendak hati..sebab time tu dah boleh rasai dah kedinginan bayu dan air terjun lata bayu ni..huhuhuhu

kami pun "selamat" tiba..setelah puas berendam dan sesi tgkap2 gmbar..kami pun pulang..apa2 pon,itu semua kenangan terindah bagu setiap ahli konvoi, lebih2 lagi mangsa keadaan..

jadi kepada semua ahli exSTARian, jika anda ada cerita menarik yang nak dikongsikan kepada semua kawan2 kita..sila hantar cerita anda itu kepada admin..emelkan atau pun hubungi la admin..semoga cerita2 anda semua dapat mengimbau kembali segala nostalgia yang dapat kita kenangkan bersama2..